Sesungguhnya Ketua Negara Islam tidak lain tidak bukan adalah Khalifah. Khalifah adalah orang yang mewakili umat dalam menjalankan pemerintahan, kekuasaan dan penerapan hukum-hukum syara’. Hal itu kerana Islam telah menjadikan pemerintahan dan kekuasaan sebagai milik umat (al-sulthan li al-ummah). Untuk itu, maka diangkat seseorang yang melaksanakan pemerintahan sebagai wakil dari umat. Allah telah mewajibkan kepada umat untuk menerapkan seluruh hukum syara’.
Sesungguhnya Khalifah itu diangkat oleh kaum Muslimin. Jadi, seseorang itu tidak akan menjadi Khalifah kecuali jika umat membai’atnya. Bai’at umat kepada Khalifah untuk menjawat jawatan Khalifah telah menjadikannya sebagai pihak yang mewakili umat. Penyerahan jawatan kekhilafahan kepada seorang Khalifah telah memberinya kekuasaan dan menjadikan umat wajib mentaatinya. Orang yang memegang urusan kaum Muslimin tidak menjadi seorang Khalifah kecuali jika dibai’at oleh ahl al-halli wa al-‘aqdi yang ada di tengah-tengah umat dengan bai’at in’iqad (bai’at pelantikan) yang bertepatan dengan syara’. Bai’at hendaklah dijalankan atas dasar keredhaan (orang yang diba’iat) dan bebas memilih (orang yang membai’at) dan orang yang dibai’at itu wajib memenuhi seluruh syarat in’iqad. Dan sebaik sahaja sempurna akad Khilafah itu, Khalifah wajib melaksanakan hukum-hukum syara’ secara kaffah, tanpa di tangguh-tangguh lagi. Adapun syarat-syarat in’iqad seorang Khalifah adalah seperti berikut:-
(1) Muslim - Khalifah wajib seorang Muslim. Haram dan tidak sah sama sekali jawatan Khalifah diberikan kepada seorang kafir dan jika berlaku (Khalifah dari orang kafir) maka tidak wajib untuk mentaatinya. Ini kerana Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman, “Dan Allah sekali-kali tidak akan menjadikan jalan bagi orang-orang kafir untuk menguasai orang-orang mukmin” [TMQ an-Nisa’ (4):141]. Pemerintahan adalah jalan yang paling kuat dan mendasar untuk menguasai orang-orang yang diperintah. Penggunaan kata “lan” dalam ayat di atas berfungsi untuk menyatakan li ta’bid (selamanya) yang merupakan qarinah (indikasi) untuk menunjukkan larangan keras bagi orang kafir memegang pemerintahan ke atas kaum Muslimin, baik menyangkut jawatan ‘Khalifah’ itu sendiri atau jawatan yang terkait dengan apa jua bidang pemerintahan. Ini kerana Allah telah mengharamkan adanya apa sahaja jalan bagi orang kafir menguasai kaum Mukminin, maka adalah teramat jelas bahawa haram hukumnya kaum Muslimin menjadikan orang kafir sebagai penguasa atas mereka.
Tambahan lagi, Khalifah merupakan waliyul amri, dan Allah telah mensyaratkan bahawa seorang waliyul amri wajiblah Muslim. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman, “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul(Nya) dan kepada Ulil Amri (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu...” [TMQ an-Nisa’ (4):59]. Di dalam ayat lain, Allah berfirman, “Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau ketakutan, mereka lalu menyiarkannya. Kalau saja mereka menyerahkan kepada Rasul dan kepada Ulil Amri di antara mereka...” [TMQ an-Nisa’ (4):83]. Tidak disebut di dalam Al-Quran kata ‘Ulil Amri’ kecuali ia mestilah “min kum” (dari kamu) yakni dari kalangan kaum Muslimin. Khalifah yang merupakan waliyul amri, maka Khalifah juga melantik setiap orang ke jawatan pemerintahan yang kesemua mereka wajiblah terdiri dari Muslim juga.
(2) Lelaki - Khalifah wajib seorang lelaki. Haram dan tidak sah melantik seorang Khalifah dari kalangan perempuan. Hal ini berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dari Abu Bakrah yang berkata, ketika sampai kepada Rasulullah bahawa penduduk Parsi telah melantik anak perempuan Kisra sebagai penguasa, baginda lantas bersabda, “Tidak akan pernah beruntung suatu kaum yang menyerahkan urusan (kekuasaan/pemerintahan) mereka kepada seorang wanita”. Sabda Rasulullah yang menafikan keuntungan bagi orang yang menyerahkan urusannya kepada seorang perempuan merupakan larangan untuk melantik wanita bagi jawatan tersebut. Larangan di dalam hadis tersebut menjadi qarinah larangan yang jazm (tegas) yang menjadikan hukumnya haram.
(3) Baligh - Khalifah wajib seorang yang baligh. Tidak boleh dilantik seorang kanak-kanak yang belum baligh sebagai Khalifah. Ini kerana Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda, “Diangkat pena (beban hukum) dari tiga golongan, kanak-kanak hingga ia baligh, orang yang tidur hingga ia terjaga dan orang yang gila hingga ia sembuh” [HR Abu Daud]. Sesiapa sahaja yang diangkat pena darinya, maka dia dengan sendirinya tidak sah mengurusi urusannya. Secara syar’ie, dia bukanlah seorang mukallaf. Oleh itu, dia tidak sah menjadi Khalifah ataupun memegang apa jua jawatan pemerintahan lantaran dia tidak memiliki hak untuk mengelola apa jua urusan. Dalil lain yang menunjukkan orang yang belum baligh tidak boleh menjadi Khalifah adalah apa yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari, “Dari Abu Aqil Zahrah bin Ma’bad, dari datuknya Abdullah bin Hisyam, manakala ia mengenal Nabi Sallallahu 'alaihi wa Sallam, lalu ia pergi dengan ibunya Zainab binti Humaid menemui Rasulullah. Ibunya lalu berkata, ‘Wahai Rasulullah, terimalah bai’atnya’. Nabi bersabda, ‘Dia masih kecil.’ Lalu baginda mengusap kepalanya dan mendoakannya” [HR Bukhari]. Jika anak kecil tidak sah untuk membai’at, maka apatah lagi tidak sah untuk dia di bai’at (sebagai Khalifah).
(4) Berakal - Khalifah wajib seorang yang berakal dan tidak layak seorang yang gila menjadi Khalifah. Hal ini berdasarkan sabda Nabi Sallallahu 'alaihi wa Sallam di atas, “Diangkat pena (beban hukum) dari tiga orang...” yang salah satunya adalah “orang gila sampai ia sembuh". Siapa sahaja yang telah diangkat pena darinya, maka dia tidak termasuk seorang mukallaf kerana akal menjadi manath at-taklif (tempat pembebanan hukum) dan menjadi syarat sahnya mengatur berbagai urusan, sedangkan tugas seorang Khalifah adalah mengatur urusan pemerintahan dan melaksanakan penerapan beban-beban syariat. Oleh itu, tidak sah jika Khalifah itu adalah seorang yang gila atau rosak akalnya, kerana orang seperti ini tidak layak untuk mengurusi urusannya sendiri pun, apatah lagi untuk mengatur urusan manusia keseluruhannya.
(5) Adil - Khalifah mestilah seorang yang adil. Orang yang fasik tidak sah diangkat sebagai Khalifah. Adil adalah syarat yang wajib demi keabsahan kekhilafahan dan keberlangsungannya, sebab Allah Subhanahu wa Ta'ala telah mensyaratkan pada seorang saksi dengan syarat ‘adalah (adil). Firman Allah, “Dan saksikanlah dengan dua orang saksi yang adil di antara kamu” [TMQ at-Talaq (65):2]. Kedudukan Khalifah tentu sahaja lebih tinggi dari sekadar seorang saksi, oleh kerana itu selayaknya dia memiliki syarat adil sebab kalau pada seorang saksi sahaja ditetapkan syarat adil, tentu lebih patut jika syarat itu diwajibkan ke atas seorang Khalifah.
(6) Merdeka - Khalifah wajib seorang yang merdeka. Ini kerana seorang hamba adalah milik tuannya sehingga dia tidak memiliki kekuasaan untuk mengatur, walau dirinya sendiri. Seorang hamba juga tidak memiliki solahiyah (autoriti) untuk mengatur urusan orang lain, apatah lagi urusan manusia seluruhnya dan hal ini tidak melayakkan dia untuk menjawat jawatan Khalifah.
(7) Mampu - Khalifah wajib seorang yang mampu melaksanakan amanat kekhilafahan. Ini kerana, ‘kemampuan’ adalah termasuk syarat yang dituntut di dalam bai’at. Orang yang lemah tidak akan mampu menjalankan urusan-urusan rakyat mengikut Al-Quran dan Sunnah, sedangkan berdasarkan keduanyalah ia dibai’at. Dalam menentukan kemampuan seseorang untuk menjadi Khalifah, Mahkamah Mazhalim memiliki hak untuk menetapkan jenis-jenis kelemahan yang tidak boleh ada pada diri Khalifah sehingga ia dikira sebagai seorang yang mampu memikul amanah-amanah kekhilafahan.
Kesemua syarat di atas adalah syarat in’iqad (syarat sah) kekhilafahan yang wajib ada pada diri seorang Khalifah. Selain ketujuh syarat ini tidak ada syarat lain yang layak dijadikan syarat in’iqad. Meskipun demikian ia boleh menjadi syarat afdhaliyah (keutamaan) jika didukung oleh nas-nas yang sahih atau terhasil dari hukum yang telah ditetapkan berdasarkan nas yang sahih. Hal itu kerana syarat-syarat terwujudnya akad Khilafah untuk seseorang Khalifah itu harus memiliki dalil yang mengandung tuntutan yang tegas (jazm) yang mengisyaratkan wajibnya syarat tersebut. Oleh kerana itu, jika sesuatu dalil tidak mengandung perintah yang jazm, maka syarat itu akan menjadi syarat afdhaliyah (keutamaan) sahaja, bukannya syarat in’iqad. Ternyata selain ketujuh syarat di atas, tidak terdapat dalil-dalil lain yang mengandungi perintah yang jazm yang menjadikannya syarat in’iqad. Adapun syarat-syarat lainnya yang memiliki dalil yang sahih yang menjadikan syarat afdhaliyah kekhilafahan adalah ketentuan bahawa Khalifah hendaklah dari keturunan Quraisy, seorang mujtahid, seorang ahli di dalam persenjataan dan peperangan, seorang ahli siasah yang unggul, pemberani dan beberapa syarat lain lagi.

1 comment:
Kalau disertakan rujukan al-qur'an, al-hadis, qias, ijma' 'ulama dan kaedah usul fiqh akan nampak lebih kukuh dan dipercayai sumber2nya.
wallahu a'lam.
Post a Comment