"Apakah kamu beriman dengan sebahagian al-Kitab dan kufur dengan sebahagian yang lain? Tidak ada balasan ke atas mereka yang melakukan demikian melainkan mendapat kehinaan di dunia dan pada hari kiamat mereka akan dikembalikan kepada azab yang paling keras"
(surah al-Baqarah ayat 85)

Nabi SAW pernah bersabda: "Allah paling murka kepada mereka yang beragama Islam tetapi mengikut landasan Jahiliah, dan juga kepada mereka yang ingin menumpahkan darah seseorang tanpa hak"
(Hadis diriwayatkan oleh Imam Tabrani dan Imam Bukhari)

"Apabila kita mencari kemuliaan dengan cara hidup yang lain dari Islam, Allah akan menimpakan kehinaan ke atas kita"
(Khalifah Umar al-Khattab)

Friday, December 12, 2008

Ajaran Islam vs Ajaran Demokrasi

AJARAN ISLAM:

AJARAN DEMOKRASI:

1. Berasal dari Allah SWT

1. Dari akal manusia (Eropa), bukan dari Allah

“…, dan telah Kuridlai Islam itu menjadi agama bagi kalian." (QS. Al Maaidah : 3)

Demokrasi berasal “demos dan kratos” tidak jelas siapa pencetus/pengasasnya dan bukan dari Allah. Dan tidak terdapat dalam Al-Quran ataupun Sunnah rasul



2. Kedaulatan tertinggi di tangan Allah

2. Kedaulatan tertinggi di tangan rakyat

"Menetapkan hukum itu hanyalah hak Allah."(Al An'aam : 57)

Rakyat memberi hak (mendaulat) Majlis untuk menetapkan hukum tertinggi.



3. Allah Maha Kuasa

3. Suara terbanyak yang berkuasa.

… Sesungguhnya Allah berkuasa atas segala sesuatu. (Al Baqoroh 20)

Dan Dialah yang mempunyai kekuasaan tertinggi di atas semua hamba-Nya…. (al An’aam 41)

Dari rakyat oleh rakyat untuk rakyat. Keputusan berdasar suara terbanyak.
Demokrasi adalah sistem pemerintahan majoriti. Pemilihan penguasa dan anggota dewan perwakilan diselenggarakan berdasarkan suara majoriti para pemilih. Semua keputusan dalam lembaga-lembaga tersebut diambil berdasarkan pendapat majoriti



4. Tiada Tuhan selain Allah

4. Suara rakyat suara Tuhan

Laa Ilaaha Illallaah Muhammadarrosululloh.

Tiada Tuhan Selain Allah dan Muhammad Rasulullah.

Vox populi vox Dei ( suara rakyat suara Tuhan):

Ketika beberapa Negara mengesahkan undang-undang perkahwinan homo/lesbi apakah itu kehendak TUHAN ? Barang siapa berpendapat demikian maka ia telah KAFIR.



5. Hukum tertinggi adalah syari’at Islam.

5. Hukum tertinggi positif buatan manusia.

"… , dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang2 yang yakin." (QS. Al Maaidah : 50)

Undang-undang di hasilkan oleh Majlis yang dianggap “perwakilan rakyat secara politik”. Suatu keajaiban 500 orang dianggap mewakili 250 juta orang ! ( inilah sebuah omong kosong), dijadikan undang undang tertinggi



6. Bebas terikat hukum Syara’

6. Freedoom / Bebas

Bebas bersyarat tidak menentang Al Quran dan As sunnah.

"Sesungguhnya jawaban orang-orang mukmin, bila mereka dipanggil kepada Allah dan RasulNya agar mereka berhukum (mengadili) diantara mereka ialah ucapan, 'Kami mendengar, dan kami patuh'. Dan mereka itulah termasuk orang yang patuh." [QS an-Nuur (24) : 51]

Wajib Takut kepada Allah saja.

… dan hanya kepada-Ku-lah kamu harus takut (tunduk). (Al Baqoroh 40).

… janganlah kamu takut kepada manusia, (tetapi)

1. Bebas berbicara dan berpendapat. (boleh menghujah Tuhan, dan siapapun juga asal tidak melanggar hak orang lain)

2. Bebas dari rasa takut. Bebas dari rasa takut terhadap apa saja dan siapa saja.

3. Bebas berbuat. Bebas berbuat apa saja. (bebas berzina, syirik, maksiat,dll) asal tidak melanggar hak orang lain).

Pelanggaran(makar/maksiat) apa saja kepada Allah diperbolehkan kerana tidak akan merugikan hak orang lain yang dirugikan adalah hak Allah.


No comments: