Said Bediuzzaman Nursi, selaku mujaddid Turki abad ke-20 melihat penyakit politik demokrasi menular di kalangan pejuang Islam dalam politik yang diamalkan selepas kejatuhan khilafah Uthmaniyah. Beliau melihat bagaimana sesetengah golongan agamawan sanggup mengeluarkan kata-kata yang tidak layak dilontarkan oleh seorang ulama' terhadap pesaing-nya yang lain, yang juga merupakan seorang ulama', HANYA KERANA KUASA dan untuk MENDAPATKAN PENGARUH dalam parlimen pada ketika itu.
Kebejatan politik demokrasi ini akhirnya membuatkan Said Nursi berfikir panjang dan terus meninggalkan parlimen untuk memulakan pengislahan dari peringkat paling asas iaitu dakwah ilmiah yang terkenal dengan perjuangan mata rantaiRisala-e-Nur itu,
Biarpun beliau merupakan seorang orator yang hebat dan mampu bersaing dengan Atarturk dalam politik tanah air, akan tetapi Allah telah membuka mata hati beliau untuk meninggalkan persada politik pada masa itu untuk menumpukan sepenuhnya masa dan tenaga beliau, biarpun di penjara berpuluh-puluh tahun lamanya untuk mengislahkan aqidah umat Turki menggunakan manhaj Nubuwwah yang paling asas iaitu seperti yang diterapkan oleh baginda Rasulullah S.A.W ketika fasa Makkah. Kesannya lihatlah sekarang bagaimana Islam kembali berputik dalam negara paling sekular di dunia dan melahirkan fenomena yang luar biasa melalui gerakan Nursiyyah di seluruh dunia khususnya di bawah gerakan Fethullah Gulen (yang sayangnya sangat kurang dikenali oleh umat Islam yang dipengaruhi oleh gerakan Ikhwan al-Muslimin.)
No comments:
Post a Comment