"Apakah kamu beriman dengan sebahagian al-Kitab dan kufur dengan sebahagian yang lain? Tidak ada balasan ke atas mereka yang melakukan demikian melainkan mendapat kehinaan di dunia dan pada hari kiamat mereka akan dikembalikan kepada azab yang paling keras"
(surah al-Baqarah ayat 85)

Nabi SAW pernah bersabda: "Allah paling murka kepada mereka yang beragama Islam tetapi mengikut landasan Jahiliah, dan juga kepada mereka yang ingin menumpahkan darah seseorang tanpa hak"
(Hadis diriwayatkan oleh Imam Tabrani dan Imam Bukhari)

"Apabila kita mencari kemuliaan dengan cara hidup yang lain dari Islam, Allah akan menimpakan kehinaan ke atas kita"
(Khalifah Umar al-Khattab)

Friday, January 23, 2009

Ulama' Indonesia bincang hukum keluar mengundi

JAKARTA 23 Jan. - Majlis Ulama Indonesia (MUI) dijangka mengadakan perbahasan hangat pada hujung minggu ini mengenai pelbagai isu, termasuk soal sama ada umat Islam harus dibenarkan merokok, mengamalkan yoga atau mengelak daripada mengundi.

Kira-kira 700 peserta termasuk para ulama dan hukama dijadual menghadiri mesyuarat Suruhanjaya Fatwa Kebangsaan di Sumatera Barat esok.

"Perbahasan akan diadakan sebelum kami mencapai sesuatu kesimpulan.

"Perbahasan dijangka hangat kerana kami perlu mendengar pro dan kontra sesuatu isu," kata Pengerusi MUI, Ma'ruf Amin.

Gesaan daripada beberapa majlis agama Islam di daerah tertentu supaya merokok diharamkan akan dibincangkan pada mesyuarat di Padang Panjang, 870 kilometer ke barat laut Jakarta itu.

Usul tersebut sudah pun mendapat tentangan beberapa majlis agama di timur dan tengah Jawa, di mana industri tembakau memberi sumbangan penting kepada ekonomi.

Mesyuarat hujung minggu itu juga akan membahaskan sama ada umat Islam patut menjauhi yoga kerana amalan itu menggunakan mantera Hindu yang boleh merosakkan akidah umat Islam. - Reuters

No comments: