"Apakah kamu beriman dengan sebahagian al-Kitab dan kufur dengan sebahagian yang lain? Tidak ada balasan ke atas mereka yang melakukan demikian melainkan mendapat kehinaan di dunia dan pada hari kiamat mereka akan dikembalikan kepada azab yang paling keras"
(surah al-Baqarah ayat 85)

Nabi SAW pernah bersabda: "Allah paling murka kepada mereka yang beragama Islam tetapi mengikut landasan Jahiliah, dan juga kepada mereka yang ingin menumpahkan darah seseorang tanpa hak"
(Hadis diriwayatkan oleh Imam Tabrani dan Imam Bukhari)

"Apabila kita mencari kemuliaan dengan cara hidup yang lain dari Islam, Allah akan menimpakan kehinaan ke atas kita"
(Khalifah Umar al-Khattab)

Thursday, May 5, 2011

Sedutan dari Blog Abdullah Kas

Selain dari sistem kewangan ini juga, syeikh juga ada yang menyatakan tentang sistem syirik politic secular iaitu demokrasi,perkara ini sudah beberapa kali aku post dalam posting,malah yang lebih menarik ada yang menulis semula di dalam blog mereka tanda tidak setuju dengan mejatuhkan sistem demokrasi,banyak dari mereka menyatakan kalau tidak mengikut demokrasi bagaimana Islam mahu menang,satu soalan untuk mereka, bila Islam menang sejak demokrasi telah diamalkan? tak pernah menang pun,dan tidak akan menang pun,lagipun sistem ini,dengan secara tanpa disedari telah memecah kan umat Islam ke dalam beberapa golongan yang dilaga - laga kan,kata perjuang Islam dalam demokrasi,"engkau mahu melihat parti secular itu menang lagi?" masalahnya perjuangan di dalam demokrasi itu sahaja sudah secular,telah terpisah dari cara agama Islam. Jika anda membaca sejarah dunia, ada ke kemenangan kerajaan Islam melalui demokrasi? adakah Nabi Muhammad s.a.w membuka Makkah dengan menyuruh golongan di situ mengundi parti Islam atau parti Quraish, Salehuddin Al Ayubi tidak suruh penduduk Palestine mengundi beliau untuk menjadi pemerintah di Jerusalem? Fatih Sultan Mehmed tidak menyuruh orang di constatinapole mengundi dia menjadi pemerintah? akhir zaman, Islam tidak menang melalui demokrasi,tetapi melalui peperangan juga antara pengikut Dajjal dan pakatan Yahudi dan Nasrani(Zionist) yang akhirnya dimenangi oleh Islam, mereka kata demokrasi sebagai alat untuk memberitahu orang ramai tentang kerajaan Islam. sedangkan demokrasi itu sendiri dipegang dan dikawal oleh kerajaan kafir,adakah anda semua sedar demokrasi telah diletakkan di negara kita,bukan diundi atau dipilih oleh kita? dan demokrasi diletakkan di negara kita,selepas peperangan di negara kita? mereka berperang untuk meletakkan demokrasi di negara kita,wakil mereka diberi kuasa untuk memerintah,dengan meletakkan kiblat ke arah mereka,adakah anda perasan itu? sampai bila kita harus terbelenggu di dalam sistem ini,selagi di dalam sistem ini,selagi itu kita sedang dalam keadaan riba dan syirik ! mahukah anda mati dalam syirik, itu adalah dosa paling besar,menyekutukan Allah swt dan arahannya, mereka telah mengeluarkan propaganda yang Orang Islam ini ganas,kerana asyik - asyik nak perang, adakah anda sedar, mereka yang sebenarnya sedang berperang dan membunuh dengan membuta tuli, mereka yang sedang membunuh saudara - saudara kita ! butakah kita ! adakah anda sedar mereka mahu anda duduk dengan diam dalam syirik ini,dalam sistem riba ini ! mereka mahu kita sokong dan terus menyokong selama - lamanya dalam sistem ini, aku pasti ramai pejuang demokrasi Islam akan bantai aku seperti biasa,kata mereka aku seperti puak radical Islam,habis tu anda nak duduk dalam sistem yang tidak mungkin anda menang dan biarkan sahaja saudara - saudara kita diserang dan dibunuh oleh mereka sesuka hati,mereka yang radical,kita duduk sahaja,kita yang penakut sebenarnya ! kita sibuk bergaduh siapa betul siapa salah,khilaf itu khilaf ini,itulah yang mereka mahukan wahai saudara - saudaraku,jangan ditipu,jangan ditutupkan mata lagi, inilah kebenaran yang sedang terjadi ! inilah realiti dunia hari ini !

sumber:
http://abdullahkas.blogspot.com/2011/04/air-dan-api-dajjal-mana-satu-yang-telah.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+AbdullahKas+%28Abdullah+KAS%29