
Wednesday, September 17, 2008
Tuesday, September 16, 2008
Ringkasan prinsip-prinsip ajaran "Demokrasi"
1. Rakyat adalah rujukan utama kekuasaan, terutama kekuasaan dalam pembuatan undang-undang.
Ini bererti "tuhan" yang diibadahkannya dalam hal menentukan peraturan hidup (undang-undang) adalah rakyat, makhluk dan manusia..bukannya Allah.
Ini jelas sekali kemusyrikan, kekafiran dan kesesatan kerana ia bertentangan dengan perinsip-perinsip utama agama dan tauhid serta mempunyai niat tersirat untuk menyamaratakan peranan manusia yang lemah ini dengan Allah.
Semoga Allah merahmati Sayyid Qutb, ketika beliau berkata, " Sesungguhnya, manusia yang berada dalam sistem pemerintahan buatan manusia itu, mengangkat satu sama lain sebagai tuhan selain Allah. Orang yang berada dalam posisi tertinggi dalam sistem demokrasi, sama dengan orang yang terendah dalam sistem diktator"
Sayyid Qutb menambah, " Sesungguhnya yang memiliki hak yang menentukan halal-haram hanyalah Allah sahaja. Tidak ada seorang pun dari manusia yang berhak menyandang hak itu, baik persorangan atau pemangku jabatan tertentu, kecuali kententuan yang berdasarkan kepada keterangan dari Allah dan bersesuaian dengan syariatNya.
2. Sistem demokrasi dibangun atas perinsip kebebasan beragama
Thursday, September 11, 2008
Sistem Demokrasi sepintas lalu
Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan dimana kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi, undang-undang digubal samada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Sebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi adalah dipanggil negara atau kerajaaan yang demokratik.
Perkataan ini berasal dari Yunani δημοκρατíα dari δημος bermaksud "rakyat", ditambah pula dengan κρατειν bermaksud "memerintah", dengan kata hubung íα; yang memberi maksud "Diperintah oleh Rakyat". Terma ini kadangkala digunakan untuk mengukur sejauh mana pengaruh rakyat diatas kerajaannya. Demokrasi secara ekstrim boleh dilihat dalam sistem kerajaan seperti anarkisme dan komunisme (menurut teori Karl Marx ia merupakan peringkat terakhir pembangunan sosial dimana demokrasi adalah diamalkan secara langsung , dan tiada kerajaan yang bebas dari kehendak rakyat).
Demokrasi moden mempunyai sifat-sifat dengan institusi-institusi berikut:
- Perlembagaan yang menghadkan kuasa dan kawalan operasi formal kerajaan, samada secara tulisan, secara norma atau gabungan kedua-duanya. Lazimnya Perlembagaan akan memasuki dotrin pembahagian kuasa untuk memastikan seseorang itu tidak diberi lebih dari satu kuasa.
- Pilihan raya untuk memilih pegawai-pegawai awam, yang dikelolakan secara bebas dan adil
- Rakyat diberi hak mengundi
- Kebebasan bersuara (berceramah, berhimpun dan sebagainya)
- Kebebasan akhbar dan akses kepada media lain
- Kebebasan persatuan
- Semua orang dalam masyarakat menikmati hak yang sama dari segi undang-undang. Salahsatu pra-syarat demokrasi ialah wujudnya Aturan Undang-Undang Rule of Law
- Rakyat yang berpendidikan dan berpengetahuan tentang hak asasi manusia dan tanggungjawab sivik