"Apakah kamu beriman dengan sebahagian al-Kitab dan kufur dengan sebahagian yang lain? Tidak ada balasan ke atas mereka yang melakukan demikian melainkan mendapat kehinaan di dunia dan pada hari kiamat mereka akan dikembalikan kepada azab yang paling keras"
(surah al-Baqarah ayat 85)

Nabi SAW pernah bersabda: "Allah paling murka kepada mereka yang beragama Islam tetapi mengikut landasan Jahiliah, dan juga kepada mereka yang ingin menumpahkan darah seseorang tanpa hak"
(Hadis diriwayatkan oleh Imam Tabrani dan Imam Bukhari)

"Apabila kita mencari kemuliaan dengan cara hidup yang lain dari Islam, Allah akan menimpakan kehinaan ke atas kita"
(Khalifah Umar al-Khattab)

Tuesday, April 1, 2008

Demokrasi: Sistem Kehidupan Umat Terdahulu

Abu Hurairah r.a. melaporkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Tidak akan datang kiamat sehingga umatku mengambil sistem kehidupan orang-orang terdahulu sebelum mereka sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta.” Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, seperti orang-orang Parsi dan Rom?” Baginda menjawab, ”Siapa lagi kalau bukan mereka?”

Abu Sa’id melaporkan:
Kami bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah orang-orang Yahudi dan Nasrani?” Baginda menjawab, “Siapa lagi?”

Baginda bersabda:
“Kamu akan mengikut sistem kehidupan orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta, sehingga seandainya mereka memasuki lubang biawak nescaya kamu juga mengikutnya.”

(Sahih Muslim, Syarah Nawawi 16 : 219-220)